Search This Blog

Sunday, November 28, 2010

Cheng Ho Expo 2010

Sambungan pameran expo Cheng Ho …. Part 4

Ini adalah replika kapal yang digunakan oleh armada Cheng Ho untuk belayar.






 
Antara barang-barang yang dibawa @ digunakan untuk berdagang ialah…

 Tempayan… (hehe)

Rempah ratus ribu

Barang-barang kesenian

Tanglung


Tak pasti botol apa ni…



Tembikar


Duit.


Ini adalah alat muzik

… dah habis dah

Jom kita pi pameran. Free je.

Cheng Ho Expo 2010

Sambungan pameran expo Cheng Ho …. Part 3

Ini pulak Al-Quran plat emas.



Ini pulak mesin untuk tampi yang rasanya boleh guna untuk padi @ gandum. Dengan menggunakan kipas yang dipusing dengan tangan, padi dan hampa dapat diasingkan ke dalam bekas berasingan.

Kipas diputar…

Padi akan jatuh dari atas ke bawah. (ye la, takkan jatuh dari bawah ke atas.. ;p )

Pandangan dekat ruang jatuh padi.


…bersambung

Cheng Ho Expo 2010

Sambungan pameran expo Cheng Ho …. Part 2

Kawasan di sekitar stadium hanyalah gerai-gerai jualan atau untuk mengembangkan sayap perniagaan. Pameran bagi expo ini diadakan di Bangunan Kelantan Trade Centre tingkat 4. Berita baik bagi sesiapa yang tak sempat datang baru ni, pameran ini akan berlangsung selama 1 bulan dan tamat pada 21 Disember 2010 (tak pasti). Jadi kepada sesiapa yang belum sampai, datanglah cepat-cepat.

Antara bahan pameran yang ada ialah

Al-Quran terpanjang di dunia, dengan ukuran 200m panjang, 1.15m lebar, yang dibuat dengan kaedah gulungan potong-tampal. Pe-pe pun, tgk lah sendiri gambar di bawah...

Kaedah yang dilakukan, potong dan tampal.


Baca sendiri la…


Antara muka depan atau muka surat bahagian depan






Baki gulungan Al-Quran. Tidak dibuka semua…

Kalu tak silap, harganya 22 juta US dolar…

…bersambung

Saturday, November 27, 2010

CHENG HO EXPO 2010

Pada 21 hingga 26 November yang lepas, telah diadakan pameran Laksamana Cheng Ho di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV. Pelbagai jenis pameran dan jualan boleh didapati di sini. Kepada sesiapa yang tak sempat gi, bolehla tatap gambar-gambar di bawah.

 Suasana dalam dewan pameran


Demonstrasi tulisan khat

Binaan rumah dengan menggunakan kerangka besi.
Sesuai ke binaan ni di Malaysia?


Produk dari kulit lembu. Alas meja tu harga RM1000. Capal tu rasanya RM50 kot, dah lupa la.

…bersambung


Kalendar Persekolahan bagi tahun 2011


Kumpulan A
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
02.01.2011
31.01.2011
22
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
10.03.2011
8
Cuti Pertengahan Penggal
11.03.2011
19.03.2011
9
Hari Persekolahan
20.03.2011
31.03.2011
10
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
20
Hari Persekolahan
01.05.2011
26.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun
27.05.2011
11.06.2011
16
II
Hari Persekolahan
12.06.2011
30.06.2011
15
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
25.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II
26.08.2011
03.09.2011
9
Hari Persekolahan
04.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
22
Hari Persekolahan
01.11.2011
17.11.2011
13
Cuti Akhir Tahun
18.11.2011
31.12.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Pengertian Lambang SMKBC

Lambang
  • Bentuk lencana seperti perisai adalah melambangkan keteguhan, kekuatan, dan pelindung diri.
  • Sudut di bahagian atas (satah menaik), melambangkan bukit-bukau tempat letaknya SMKBC.
  • Tarikh 1989 bersamaan 1410, merupakan tahun sekolah ini dibuka.
  • S.M.K. Bandar Chiku ialah nama bagi sekolah ini.
  • Buku bermaksud ilmu pengetahuan.
  • Gelang yang berangkai melambangkan semangat kesukanan dan perpaduan menerusi sukan.
  • Bulatan teknikal melambangkan Sains, Matematik, dan Teknologi.
  • Obor yang menyala mencerminkan ilmu yang akan menerangi kehidupan.
  • Perkataan Gua Musang adalah daerah letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku.
  • Cogan kata "BERILMU & BERAMAL" menunjukkan pentingnya ilmu kepada setiap pelajar yang ada padanya.

Warna
  • Warna biru melambangkan kecintaan kepada ilmu dan ketenangan sekiranya berilmu.
  • Warna putih melambangkan kesucian ilmu dan ilmu itu harus digunakan pada jalan yang benar.
  • Warna emas yang menjadi garis-garis utama melambangkan harta kekayaan yang seharusnya digunakan pada jalan yang betul.
  • Warna merah pada nyalaan obor mencerminkan semangat keberanian yang dimiliki oleh setiap pelajar

MISI SMKBC


MISI

1. BERUSAHA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK
2. MEMBINA SAHSIAH DAN NILAI-NILAI MURNI DI JIWA PELAJAR
3. MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM
4. MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG TELUS DAN TULUS
5. MEWUJUDKAN SUASANA KERJA BERPASUKAN YANG UTUH
6. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF KEPADA WARGA SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT
7. MENJALIN HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA WARGA SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

Sejarah SMKBC

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku (SMKBC) merupakan sebuah sekolah menengah yang didirikan di kawasan FELDA gugusan Chiku, jajahan Gua Musang, Kelantan. Pada 3 Disember 1989, SMKBC telah memulakan sesi pengajiannya yang pertama. Seramai 350 orang pelajar peringkat pertama memulakan pengajian di tingkatan satu dan dua. Kumpulan pelajar ini adalah anak peneroka gugusan Chiku dan Aring yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Gua Musang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra).


Para pelajar adalah daripada kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA Chiku 3,4,5,6,7,8, dan FELDA Aring 1 - 11. Manakala sekolah saluran pula ialah Sekolah Kebangsaan Chiku 3, Sekolah Kebangsaan Chiku 7 dan Sekolah Kebangsaan Aring 1. Jumlah tenaga pengajar pada tahun pertama pengajian (sesi 1989/ 1990) seramai 21 orang. Pada tahun 2002, SMKBC pernah menampung seramai 2231 pelajar dengan jumlah tenaga, pengajar 112 orang. Memandangkan keadaannya yang agak sesak dengan pertambahan pelajar yang agak pesat, maka pada tahun 2004 kerajaan telah membuka pentadbiran sekolah menengah yang baru di Felda Chiku 01, yang dikenali sebagai SMK Chiku 02, yang sekolah alirannya ialah SK Sri Chiku 1 & 2, dan SK Perasu. Justeru pada masa ini, SMK Bandar Chiku telah menampung seramai 1 600 orang pelajar dengan seramai 110 orang tenaga pengajar.


Bagi menampung pertambahan bilangan pelajar dan untuk mengatasi masalah kesukaran berulang alik bagi pelajar yang tinggal jauh. Kementerian Pendidikan telah membina asrama, lelaki dan asrama, perempuan yang mengandungi 2 blok 3 tingkat pada tahun 1995 dengan keupayaan menampung seramai 400 pelajar, Pelajar-pelajar SMKBC mula menduduki asrama ini pada 1 Mei 1998. Sejumlah 12 unit rumah guru juga telah disediakan pada peringkat awalnya. Kemudian ditambah lagi 4 unit (berkembar) pada tahun 1996. Pada Ogos 1998 projek pembinaan blok bangunan baru telah dimulakan yang mengandungi 2 blok makmal 2 tingkat. 1 blok 4 tingkat untuk bilik darjah dan lain-lain bilik khas. 5 blok flat 4 tingkat juga telah dibina yang mengandungi 40 unit rumah guru. Bangunan-bangunan baru, ini mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2001


Pada tahun 1998, atas inisiatif guru-guru dan PIBG, SMKBC telah memulakan kelas komputer kepada pelajarnya secara. bersendirian tanpa mendapat sokongan dan tajaan mana-mana pihak. Tindakan ini terpaksa dilakukan memandangkan kepada pentingnya pelajar-pelajar di gugusan FELDA Chiku didedahkan kepada komputer dan maklumat yang berkaitan dengannya. Pada permulaannya sebanyak 11 unit komputer telah dapat disediakan oleh pihak PIBG.


Kelas aliran sains tingkatan 4 telah dimulakan pada, sesi pengajian 1998 dan pada tahun yang sama juga SMKBC telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A sejajar dengan perkembangan jumlah pelajamya. Kini SMKBC mempunyai 63 kelas dengan sidang pagi sebanyak 32 kelas dan sidang petang sebanyak 31 kelas. Bagi meningkatkan lagi kemudahan kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, kerajaan juga telah membina sebanyak 12 bilik darjah tambahan (1 blok bangunan 2 tingkat), kantin dan sebuah dewan yang mengandungi tiga gelanggang badminton.


Bermula Jun 2004 JPN Kelantan telah membenarkan SMKBC membuka kelas tingkatan enam bawah. Ini memandangkan lepasan SPM terpaksa ke Kuala Krai atau Gua Musang yamg jaraknya agak jauh untuk menyambung pelajaran ke  tingkatan enam. Semoga dengan perkembangan SMKBC yang begitu pesat, akan menjadikannya sebagai sebuah sekolah yang “CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG”.

Panorama SMKBC

Khas buat tatapan warga X-SMKBC ataupun bagi yang ingin mengenali bagaimana panorama di SMKBC.