Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku (SMKBC) merupakan sebuah sekolah menengah yang didirikan di kawasan FELDA gugusan Chiku, jajahan Gua Musang, Kelantan. Pada 3 Disember 1989, SMKBC telah memulakan sesi pengajiannya yang pertama. Seramai 350 orang pelajar peringkat pertama memulakan pengajian di tingkatan satu dan dua. Kumpulan pelajar ini adalah anak peneroka gugusan Chiku dan Aring yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Gua Musang (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra).
Para pelajar adalah daripada kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA Chiku 3,4,5,6,7,8, dan FELDA Aring 1 - 11. Manakala sekolah saluran pula ialah Sekolah Kebangsaan Chiku 3, Sekolah Kebangsaan Chiku 7 dan Sekolah Kebangsaan Aring 1. Jumlah tenaga pengajar pada tahun pertama pengajian (sesi 1989/ 1990) seramai 21 orang. Pada tahun 2002, SMKBC pernah menampung seramai 2231 pelajar dengan jumlah tenaga, pengajar 112 orang. Memandangkan keadaannya yang agak sesak dengan pertambahan pelajar yang agak pesat, maka pada tahun 2004 kerajaan telah membuka pentadbiran sekolah menengah yang baru di Felda Chiku 01, yang dikenali sebagai SMK Chiku 02, yang sekolah alirannya ialah SK Sri Chiku 1 & 2, dan SK Perasu. Justeru pada masa ini, SMK Bandar Chiku telah menampung seramai 1 600 orang pelajar dengan seramai 110 orang tenaga pengajar.
Bagi menampung pertambahan bilangan pelajar dan untuk mengatasi masalah kesukaran berulang alik bagi pelajar yang tinggal jauh. Kementerian Pendidikan telah membina asrama, lelaki dan asrama, perempuan yang mengandungi 2 blok 3 tingkat pada tahun 1995 dengan keupayaan menampung seramai 400 pelajar, Pelajar-pelajar SMKBC mula menduduki asrama ini pada 1 Mei 1998. Sejumlah 12 unit rumah guru juga telah disediakan pada peringkat awalnya. Kemudian ditambah lagi 4 unit (berkembar) pada tahun 1996. Pada Ogos 1998 projek pembinaan blok bangunan baru telah dimulakan yang mengandungi 2 blok makmal 2 tingkat. 1 blok 4 tingkat untuk bilik darjah dan lain-lain bilik khas. 5 blok flat 4 tingkat juga telah dibina yang mengandungi 40 unit rumah guru. Bangunan-bangunan baru, ini mula digunakan pada awal persekolahan tahun 2001
Pada tahun 1998, atas inisiatif guru-guru dan PIBG, SMKBC telah memulakan kelas komputer kepada pelajarnya secara. bersendirian tanpa mendapat sokongan dan tajaan mana-mana pihak. Tindakan ini terpaksa dilakukan memandangkan kepada pentingnya pelajar-pelajar di gugusan FELDA Chiku didedahkan kepada komputer dan maklumat yang berkaitan dengannya. Pada permulaannya sebanyak 11 unit komputer telah dapat disediakan oleh pihak PIBG.
Kelas aliran sains tingkatan 4 telah dimulakan pada, sesi pengajian 1998 dan pada tahun yang sama juga SMKBC telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A sejajar dengan perkembangan jumlah pelajamya. Kini SMKBC mempunyai 63 kelas dengan sidang pagi sebanyak 32 kelas dan sidang petang sebanyak 31 kelas. Bagi meningkatkan lagi kemudahan kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, kerajaan juga telah membina sebanyak 12 bilik darjah tambahan (1 blok bangunan 2 tingkat), kantin dan sebuah dewan yang mengandungi tiga gelanggang badminton.
No comments:
Post a Comment