Search This Blog

Monday, December 27, 2010

Analisis Keputusan PMR 2010


Keputusan PMR 2010

1.      Jumlah kesemua calon = 439,456 orang
2.      Bilangan calon mendapat semua A (meningkat 0.65%)
a.       2010 – 30,863 orang
b.      2009 – 28,188 orang
3.      Gred Purata Nasional (meningkat)
a.       2010 – 2.74
b.      2009 – 2.78
4.      Bilangan calon yang mendapat semua E
a.       2010 – 386 orang
b.      2009 – 397 orang
5.      GPN calon luar Bandar
a.       2010 – 2.97
b.      2009 – 2.93
6.      GPN calon bandar
a.       2010 – 2.65
b.      2009 – 2.68
7.      Pencapaian calon “istimewa” menurun dengan jumlah yang menduduki peperiksaan bertambah
a.       2010 – 1,345 orang
b.      2009 – 1,188 orang
8.      Bilangan calon “istimewa” yang berjaya mendapat semua A ialah 5 orang berbanding tujuh tahun lepas.
9.      Bilangan calon “istimewa” yang melepasi tahap minimum
a.       2010 – 146 orang
b.      2009 – 161 orang
10.  Mata pelajaran yang menunjukkan kenaikan signifikasi dalam Gred Purata Mata Pelajaran 2010
a.       Bahasa Melayu
b.      Bahasa Inggeris
c.       Bahasa Arab
d.      Matematik
e.       Sains
f.       Kemahiran Hidup Pertanian
11.  Mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merupakan tahun kedua diperkenalkan dalam peperiksaan PMR, Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi daripada segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (pencapaian tertinggi), diikuti Teater, Muzik dan Seni Visual

(Sumber: Bernama - 23/12/2010)

Analisa Keputusan PMR 2010 Mengikut Negeri


Analisa Keputusan PMR 2010 Mengikut Negeri

Berikut antara analisa ringkas berkaitan pencapaian PMR 2010 beberapa buah negeri di Malaysia. Dapatan yang dikumpul antaranya ialah dari Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Melaka.

TERENGGANU

  1. Negeri terbaik pencapaian PMR
  2. Gred Purata Negeri
    1. 2010 – 2.58
    2. 2009 – 2.60
  3. Peratus A semua mata pelajaran
    1. 2010 – 7.81%
    2. 2009 – 7.12% @ 1,746 orang


KELANTAN

  1. Peratus A semua mata pelajaran
    1. 2010 – 6.76% @ 2,023 orang
    2. 2009 – 4.90% @ 1,510 orang
  2. Pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun
  3. Jumlah calon = 36,953 orang

WILAYAH PERSEKUTUAN

  1. Pencapaian terbaik berbanding empat tahun lalu
  2. Jumlah calon = 21,612 orang
  3. Jumlah dapat A dalam semua mata pelajaran
    1. 2010 – 1,850 orang
    2. 2009 – 1,940 orang
  4. Jumlah dapat D dalam semua mata pelajaran (termasuk dapat semua A)
    1. 2010 – 6,363 orang
    2. 2009 – 6,439 orang
  5. Jumlah dapat E dalam semua mata pelajaran
    1. 2010 – 16 orang
    2. 2009 – 20 orang
  6. Sekolah yang mengekalkan rekod kelulusan 100%
    1. Sekolah Menengah (Sains) Selangor
    2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
    3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur


PERAK

  1. Keputusan menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dang red purata sekolah
  2. Jumlah calon = 41,810 orang
  3. Peratus semua lulus dalam mata pelajaran
    1. 27,105 calon
    2. 64.83%
    3. Meningkat 3.44% berbanding tahun lepas
  4. Sekolah terbaik
    1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
                                                              i.      Kelulusan 100%
                                                            ii.      88 orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran


KEDAH

1.      Gred Purata Negeri
a.       2010 – 2.857
b.      2009 – 2.878
2.      Jumlah calon = 35,909 orang
3.      Jumlah calon mendapat A dalam semua mata pelajaran
a.       2010 – 1,981 orang
b.      2009 – 1,736 orang
4.      Peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran
a.       2010 – 62.57%
b.      2009 – 58.22%


PAHANG

1.      Pencapaian calon yang menguasai semua mata pelajaran
a.       2010 – 16,478 orang
b.      2009 – 15,714 orang
c.       Meningkat 3.6%
2.      Jumlah yang mendapat semua A
a.       2010 – 1,641 orang
b.      2009 – 1,367 orang
3.      Jumlah yang mendapat semua E
a.       2010 – 18 orang
b.      2009 – 15 orang

JOHOR

  1. Jumlah calon = 53,082 orang
  2. Bilangan calon yang mendapat semua A
    1. 2010 – 3,575 orang @ 6.73%
    2. 2009 – 3,308 orang @ 6.12%


PULAU PINANG

1.      Jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran
a.       2010 – 2,103 orang
                                                              i.      9A – 131 orang
                                                            ii.      8A – 1,521 orang
                                                          iii.      7A – 450 orang
b.      2009 – 1,971 orang
2.      Gred Purata Negeri
a.       2010 – 2.70
b.      2009 – 2.72


NEGERI SEMBILAN

1.      Pencapaian terbaik berbanding 3 tahun terdahulu
2.      Jumlah calon yang mendapat semua A
a.       2010 – 1,482 orang (meningkat 0.62%)
b.      2009 – 1,418 orang


PERLIS

1.      Jumlah calon yang mendapat semua A
a.       2010 – 333 orang @ 7.41%
b.      2009 – 282 orang @ 6.10%
2.      Jumlah calon = 4,494 orang
3.      Bilangan calon yang mendapat
a.       9A – 68 orang
b.      8A – 258 orang
c.       7A – 7 orang
4.      Sekolah yang mencapai kelulusan 100% dalam semua mata pelajaran
a.       Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
b.      Sekolah Menengah Kebangsaan Derma
c.       Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad



SELANGOR

1.      Jumlah calon = 75,711 orang
2.      Jumlah calon yang memperoleh semua A = 6,907 orang
3.      Sekolah yang mendapat kelulusan 100%
a.       Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor
b.      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak
c.       Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri
d.      SM Sains Kuala Selangor
e.       SBPI Sabak Bernam
f.       Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari
g.      SMK Agama Simpang Lima
4.      Jumlah calon mendapat semua E
a.       2010 – 63 orang (-0.02%)
b.      2009 – 73 orang



SABAH

1.      Jumlah memperoleh A dalam semua mata pelajaran
a.       2010 – 734 orang
b.      2009 – 659 orang
2.      Bilangan calon yang mendapat
a.       9A
                                                  i.      2010 – 44 orang
                                                ii.      2009 – 19 orang
b.      8A
                                                  i.      2010 – 386 orang
                                                ii.      2009 – 340 orang
c.       7A
                                                  i.      2010 – 304 orang
                                                ii.      2009 – 300 orang
3.      Jumlah calon
a.       2010 – 38,741 orang
b.      2009 – 37,794 orang
4.      Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran
a.       2010 – 20,378 orang
b.      2009 – 20,500 orang
5.      12 sekolah yang mencapai kelulusan cemerlang
a.       Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu)
b.      Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu)
c.       Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
d.      Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu)
e.       Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu)
f.       Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu)
g.      Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas)


SARAWAK

1.      Bilangan calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran
a.       2010 – 1,877 orang (meningkat 0.18%)
b.      2009 – 1,860 orang
2.      Bilangan calon yang mendapat
a.       9A – 27 orang
b.      8A – 1,147 orang
c.       7A – 703 orang
3.      Bilangan calon lulus semua mata pelajaran
a.       2010 – 65.36% @ 25,287 orang
b.      2009 – 62.29%


MELAKA

1.      Gred Purata Negeri
a.       2010 – 2.65%
b.      2009 – 2.67%
2.      Jumlah calon = 14,716 orang
3.      Jumlah calon yang mendapat semua A
a.       2010 – 1,137 orang @ 8.22%
b.      2009 – 1,074 orang @ 7.56%


TAMAN TAMADUN ISLAM



Cuti-cuti Malaysia
Taman Tamadun Islam

Sambungan…
AL-HARAM MOSQUE, MECCA, SAUDI ARABIA





 

Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah bermaksud “tempat tertinggi yang terhormat dan bersprestij”. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.


ALEPPO CITADEL, SYRIA




Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.


MOSQUE OF MOHAMED ALI, EGYPT



Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.


NABAWI MOSQUE, MADINAH, SAUDI ARABIA



 

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.


SULEYMAN MOSQUE, TURKEY




Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Othman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmary, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.


GREAT MOSQUE OF QAIRAWAN, TUNISIA




Dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monument Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.


THE PALACE OF AL-HAMBRA, GRANADA, SPAIN


 
Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238 – 1354M di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama


KALYAN MINARET, UZBEKISTAN


Menara ini telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.


GREAT MOSQUE OF AGADEZ, NIGER


Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina ada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.


KUL SHARIF MOSQUE, KAZAN, RUSSIA


Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.


XIAN MOSQUE, CHINA


Masjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.

Habis…

TAMAN TAMADUN ISLAM

Cuti-cuti Malaysia!
Taman Tamadun Islam

25 Dis 2010, penulis dengan keluarga telah datang ke “Edutainment Park” di Terengganu. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman ini adalah amat berbaloi dengan pemandangan yang terdapat di sini. Cuma bayaran untuk perkhidmatan di dalam je terasa berat sikit nak bayar. Hehe.

Selamat Datang ke Taman Tamadun Islam!

Dengan harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dan warga emas, pelawat akan memperoleh satu passport. Passport tersebut merupakan tiket untuk masuk ke dalam taman ini.


Inilah passport ku.

Dengan tiket RM15, penulis mendapat kupon berjumlah RM5 untuk dibelanjakan di dalam taman ini. Murahkan?

Kemudian bermulalah perjalanan mengembara / melawat kesemua 21 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.

Antara monument dalam dapat ditangkap gambarnya (rasanya ada terlepas pandang la) oleh penulis ialah monument-monument di bawah.

MASJID NEGARA, MALAYSIA






Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. Bumbung utama merupakan lambing payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.

SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN, BRUNEI DARUSSALAM







Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.


TAJ MAHAL, AGRA, INDIA



Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.



BADSHAHI MOSQUE, LAHORE, PAKISTAN



Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. ia merupakan masjid terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.


KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQADDIS, PALESTIN





Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.


GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ



Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. berdiri dengan megahnya di dalam Bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian Utara masjid ini.


SHEIKH LUTFALLAH MOSQUE, IRAN





Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.


ABU NASR PARSA, AFGANISTAN



Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk octagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

…bersambung


Sunday, November 28, 2010

Cheng Ho Expo 2010

Sambungan pameran expo Cheng Ho …. Part 4

Ini adalah replika kapal yang digunakan oleh armada Cheng Ho untuk belayar.






 
Antara barang-barang yang dibawa @ digunakan untuk berdagang ialah…

 Tempayan… (hehe)

Rempah ratus ribu

Barang-barang kesenian

Tanglung


Tak pasti botol apa ni…



Tembikar


Duit.


Ini adalah alat muzik

… dah habis dah

Jom kita pi pameran. Free je.