Search This Blog

Monday, December 27, 2010

TAMAN TAMADUN ISLAM



Cuti-cuti Malaysia
Taman Tamadun Islam

Sambungan…
AL-HARAM MOSQUE, MECCA, SAUDI ARABIA





 

Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah bermaksud “tempat tertinggi yang terhormat dan bersprestij”. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.


ALEPPO CITADEL, SYRIA




Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.


MOSQUE OF MOHAMED ALI, EGYPT



Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.


NABAWI MOSQUE, MADINAH, SAUDI ARABIA



 

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.


SULEYMAN MOSQUE, TURKEY




Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Othman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmary, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.


GREAT MOSQUE OF QAIRAWAN, TUNISIA




Dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monument Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.


THE PALACE OF AL-HAMBRA, GRANADA, SPAIN


 
Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238 – 1354M di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama


KALYAN MINARET, UZBEKISTAN


Menara ini telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.


GREAT MOSQUE OF AGADEZ, NIGER


Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina ada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.


KUL SHARIF MOSQUE, KAZAN, RUSSIA


Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.


XIAN MOSQUE, CHINA


Masjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.

Habis…

No comments:

Post a Comment