Cuti-cuti Malaysia!
Taman Tamadun Islam
25 Dis 2010, penulis dengan keluarga telah datang ke “Edutainment Park” di Terengganu. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman ini adalah amat berbaloi dengan pemandangan yang terdapat di sini. Cuma bayaran untuk perkhidmatan di dalam je terasa berat sikit nak bayar. Hehe.
Selamat Datang ke Taman Tamadun Islam!
Dengan harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dan warga emas, pelawat akan memperoleh satu passport. Passport tersebut merupakan tiket untuk masuk ke dalam taman ini.
Inilah passport ku.
Dengan tiket RM15, penulis mendapat kupon berjumlah RM5 untuk dibelanjakan di dalam taman ini. Murahkan?
Kemudian bermulalah perjalanan mengembara / melawat kesemua 21 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.
Antara monument dalam dapat ditangkap gambarnya (rasanya ada terlepas pandang la) oleh penulis ialah monument-monument di bawah.
MASJID NEGARA, MALAYSIA
Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. Bumbung utama merupakan lambing payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.
SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN, BRUNEI DARUSSALAM
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.
TAJ MAHAL, AGRA, INDIA
Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
BADSHAHI MOSQUE, LAHORE, PAKISTAN
Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. ia merupakan masjid terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.
KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQADDIS, PALESTIN
Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.
GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. berdiri dengan megahnya di dalam Bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian Utara masjid ini.
SHEIKH LUTFALLAH MOSQUE, IRAN
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.
ABU NASR PARSA, AFGANISTAN
Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk octagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.
…bersambung
No comments:
Post a Comment